29 October, 2007

Teka Teki Teka Tekuk

Cuba korang perhatikan gambar ni. Korang diberi masa 3 saat sahaja untuk meneka gambar ape yang terdapat kat dalam balang kaca nih. Tett..!!! 3 saat telah berlalu.. dan jawapannye ialah ...
Mesti kebanyakkan korang teka pasangan lelaki ngan pompuan tengah "ehem-ehem" dalam keadaan berbogel kan...?! Jawapan anda ...

Tidak Hangat...!!! hehe! sememangnyer gambar kat dalam balang kaca tue memang ade gambar "ehem-ehem" tue, tapi ade lagi gambar yg korang tak nampak dalam mase 3 saat yg diberikan.


Gambar tersebut ialah gambar ikan lumba-lumba. Dan gambar ikan lumba-lumba tu akan korang nampak klu korang perhatikan lebih dari 3 saat, maksudnyer klu lame-lame korang perhatikan gambar ni bru lah nampak gambar 9 ekor ikan lumba-lumba tengah berenang-renang kat dalam balang kaca nih.


Kenapa ini terjadi? Apakah fenomena aneh ini ada kena mengena dengan angkasawan pertama Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yg telah ke bumi dan dikuaritinkan selama 10 hari. Adakah beliau telah membawa virus @ venom mahluk asing dari angkasa lepas dan virus @ venom tersebut telah merebak ke seluruh pelusuk bumi dan mengakibatkan fenomena ini terjadi? (poyo punye ayat..!!!)


Sebenarnya ade satu kajian ni pernah bagitau yg budak-budak kecik dalam lingkungan umur 3,4 tahun tidak akan nampak gambar "ehem-ehem" yg terdapat kt dalam balang kaca nih. Ini kerana kanak-kanak belum lagi terdedah kepada perkara-perkara atau senario lucah tersebut dan di dalam pemikiran mereka belum lagi memahami ape itu seks. Yang mereka nampak gambar kat dalam balang kaca tu cume gambar ikan lumba-lumba.


p/s: Gambar ini adalah ujian untuk menguji adakah pemikiran korang dah rosak ke belum. Kalau dalam mase 3 saat tu korang tak dapat cari gambar ikan lumba-lumba, itu maknanye pemikiran korang dah rosak.

2 comments:

Cik Buya said...

aha..tol wey.otak ku dah de virus~!

kakLuna said...

ceh...siyot...