30 October, 2007

Jerau

Hari tu kat office aku tgh kusyuk wat keje design, tetiba member aku sound...

"Sial jek, gambo aku takde pon kat blog ko...!"

Nama member aku ni Amad tapi dia lebih suka pakai nick Jerau.

"Sial jek, gi BBQ tak ajak aku...!" Lagi skali dia sound. Aku dah pening.

"Yelah nanti aku msukkan gambo ko dalam blog aku.." Dengan pakai snowcap itam dia pastu bleh lemparkan senyuman kambing dia kat aku cam nak sepak jerk.

Amad ni member aku kat tempat aku praktikal ni. Dia bahagian technician. Aku bahagian grafik design. Kat office, dia dok kat bahagian belakang. Aku dok kat depan. Gambar ni aku amik mase kitaorg tgh tggu order makan sampai kat foodcourt belakang office aku. Umur dia sebaya ngan aku. First time aku msuk praktikal kat office tu, aku tengok muke dia, dia tengok muke aku. Muka cam penah nampak. Rupanyer time sekolah menengah dulu aku ade join English Day Camp kat sekolah dia.

Wei, Mad..! Gambo ko aku dah upload nie.. Belanja aku makan nasi lemak ayam kat belakang..!

29 October, 2007

Teka Teki Teka Tekuk

Cuba korang perhatikan gambar ni. Korang diberi masa 3 saat sahaja untuk meneka gambar ape yang terdapat kat dalam balang kaca nih. Tett..!!! 3 saat telah berlalu.. dan jawapannye ialah ...
Mesti kebanyakkan korang teka pasangan lelaki ngan pompuan tengah "ehem-ehem" dalam keadaan berbogel kan...?! Jawapan anda ...

Tidak Hangat...!!! hehe! sememangnyer gambar kat dalam balang kaca tue memang ade gambar "ehem-ehem" tue, tapi ade lagi gambar yg korang tak nampak dalam mase 3 saat yg diberikan.


Gambar tersebut ialah gambar ikan lumba-lumba. Dan gambar ikan lumba-lumba tu akan korang nampak klu korang perhatikan lebih dari 3 saat, maksudnyer klu lame-lame korang perhatikan gambar ni bru lah nampak gambar 9 ekor ikan lumba-lumba tengah berenang-renang kat dalam balang kaca nih.


Kenapa ini terjadi? Apakah fenomena aneh ini ada kena mengena dengan angkasawan pertama Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yg telah ke bumi dan dikuaritinkan selama 10 hari. Adakah beliau telah membawa virus @ venom mahluk asing dari angkasa lepas dan virus @ venom tersebut telah merebak ke seluruh pelusuk bumi dan mengakibatkan fenomena ini terjadi? (poyo punye ayat..!!!)


Sebenarnya ade satu kajian ni pernah bagitau yg budak-budak kecik dalam lingkungan umur 3,4 tahun tidak akan nampak gambar "ehem-ehem" yg terdapat kt dalam balang kaca nih. Ini kerana kanak-kanak belum lagi terdedah kepada perkara-perkara atau senario lucah tersebut dan di dalam pemikiran mereka belum lagi memahami ape itu seks. Yang mereka nampak gambar kat dalam balang kaca tu cume gambar ikan lumba-lumba.


p/s: Gambar ini adalah ujian untuk menguji adakah pemikiran korang dah rosak ke belum. Kalau dalam mase 3 saat tu korang tak dapat cari gambar ikan lumba-lumba, itu maknanye pemikiran korang dah rosak.

26 October, 2007

The Amzaing Pweor of the hmuan mnid

I cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg.
The phaonmneal pweor of the hmuan mnid. Aoccdrnig to a rscheearch at
Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer inwaht oredr the ltteers in a
wrod are, the olny iprmoatnt tihng is taht the frist and lsat ltteer be
in the rghit pclae.
The rset can be a taotl mses and you can sitll raed
it wouthit a porbelm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey
lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Amzanig huh? Yaeh and I awlyas
thought slpeling was ipmorantt.

klu tak paham bace jelah kt bawah nie..! (Translation)


I couldn’t believe that I could actually understand what I was reading. The phenomenal power of the human mind. According to a researcher at Cambridge University, it doesn’t matter in what order the letters in a word are, the only important things is that the first and last letter be in the right place.

The rest can be a total mess and you can still read it without a problem. This is because the human mind does not read every letter by itself, but the word as a whole. Amazing huh? yeah and I always thought spelling is important.

Lincoln dan Kennedy

Misteri dibalik kematian presiden amerika syarikat Lincoln dan Kennedy diantaranya seperti yang ada dibawah ini:

-Abraham Lincoln terpilih sebagai anggota Kongres pada tahun 1846.

-John F. Kennedy terpilih sebagai anggota Kongres pada tahun 1946.


-Abraham Lincoln terpilih sebagai Presiden Amerika pada 1860.

-John F. Kennedy terpilih sebagai Presiden Amerika pada 1960.


-Nama Lincoln dan Kennedy sama-sama terdiri dari tujuh huruf.

-Keduanya sama-sama mengambil berat masalah hak-hak sivil.

-Isteri kedua-duanya sama-sama kehilangan anak di Rumah putih.

-Keduanya di tembak pada hari Jumaat. Kedua-duanya ditembak di kepala.

-Setiausaha Lincoln bernama Kennedy. Setiausaha Kennedy bernama Lincoln.

-Kedua-duanya dibunuh oleh penduduk dari Wilayah Selatan.

-Kedua-duanya digantikan oleh orang Wilayah Selatan.


-Pengganti mereka bernama Johnson.

-Andrew Johnson, yang menggantikan Lincoln lahir pada 1808.

-Lyndon Johnson, yang menggantikan Kennedy lahir pada 1908.


-John Wilkes Booth, pembunuh Lincoln lahir pada tahun 1839.

-Lee Harvey Oswald, pembunuh Kennedy lahir pada tahun 1939.

-Nama kedua-dua pembunuh terdiri dari tiga nama.

-Nama kedua-dua pembunuh tersebut sama-sama terdiri dari 15 huruf.


-Kedua-dua pembunuh itu lari dari sebuah pawagam dan tertangkap di sebuah gudang.

-Booth tertangkap di sebuah gudang setelah berupaya memboloskan diri dari sebuah pawagam.

-Oswald tertangkap di sebuah pawagam setelah sebelumnya berupaya memboloskan diri dari sebuah gudang.

-Booth dan Oswald dibunuh sebelum mereka diadili.


Dan ini yang paling unik?..

-Seminggu sebelum Lincoln ditembak, ia berada di Kota kecil Monroe, di wilayah Maryland.

-Seminggu sebelum Kennedy ditembak, ia berada bersama Marylin Monroe.

The Best Movie Ever

Di bawah ni senarai movie yg paling best di Hollywood. My favourite movie will be The Godfather. Aku ade DVD Collection The Godfather Part I, Part II & Part III. Mmg best!

"An offer he couldn't refused..." Micheal Corleone (The Godfather part I)

Best Action/Adventure - Indiana Jones Trilogy
Best Adaptation - Spiderman Trilogy
Best Animation - Shrek 1&2
Best Biopic - The Ten Commandments (1956)
Best Classics - Gone With the Wind (1939)
Best Comedy - Dumb and Dumber(1994)
Best Crime/Gangster - The Godfather Trilogy
Best Documentary - The Fog of War (2003)
Best Drama - Schindler’s List(1993)
Best Historical Epic - Ben-Hur (1959)
Best Kids/Family - E.T. the Extra-Terrestrial (1982)
Best Musical - The Sound of Music (1965)
Best Religion - The Passion of the Christ (2004)
Best Remake - King Kong (2005)
Best Romance - Titanic (1997)
Best Science Fiction - Starwars(all six!!)
Best Fantasy - Lord of the Ring Trilogy
Best Sequel - Back to the Future II(1989)
Best Sports- Rocky Anthology
Best Suspense/Horror - Ringu Of Terror (2005)
Best Teen - American Pie Trilogy
Best Thriller - Silence of the Lambs (1991)
Best War - Saving Private Ryan (1998)
Best Western - The good, the bad and the Ugly(1968)
Best Monster - Aliens qualilogy
Best Disaster - The day after tomorrow(2004)


www.us.imdb.com/chart/top

Seni Lucah

Ni ade sorang pelukis dari Australia yg sgt handal melukis potrait dgn menggunakan alat kemaluan jantannya untuk menggantikan alatan melukis cam berus. Lukisan yg paling dia bangga sekali adalah lukisan potrait gambar Perdana Menteri Australia, John Howard. Klu kt Malaysia ni ade org lukis gambar Pak Lah kite camtu mmg dah kene banned dari Malaysia terus. Walaubagaimanapun itulah seni yang dapat dihasilkan dengan apa jua kaedah unik, mungkin untuk menarik lebih perhatian daripada orang ramai.

www.penileart.com

Graphic Design + 20minutes = RM10,000

Seorang pereka grafik, Nor Azian A. Hasan tidak menyangka logo ciptaannya yang disiapkan dalam tempoh 20 minit berjaya memenangi tempat pertama Pertandingan Mencipta Logo Perayaan Hari Kemerdekaan Ke-50. Kemenangan itu membolehkan Nor Azian, 36, yang berasal dari Negeri Sembilan, membawa pulang wang tunai RM10,000. Walaupun tidak semahal harga sebuah rumah yang pernah dimenangi dalam satu pertandingan lain, ia tetap menggembirakan saya kerana dapat memberikan sumbangan sempena ulang tahun kemerdekaan negara. Menurut Nor Azian yang berkelulusan bidang grafik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), logo tersebut menampilkan reka bentuk berombak seperti kibaran bendera.Ia bertujuan mewujudkan suasana hidup dan pergerakan memandang negara ini sudah mencapai usia 50 tahun, jelasnya. Nor Azian sudah 10 tahun berkecimpung dalam bidang pengiklanan, rekaan korporat, penerbitan dan multimedia serta mempunyai syarikat grafik sendiri di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

25 October, 2007

BBQ Overnight


6hb oktober aritu, mase tengah bulan Ramdhan Al-Mubarak yg mulia, aku ngan bdak2 aku wat BBQ tgh2x malam. Dah menjadi aktiviti kite org pada bulan puase. Cam tahun2x dulu kite org ade wat BBQ ngan dodol. Tapi tahun ni, dodol tak wat. Sebab dulu dah banyak kali kite org wat dodol tak jadi. Ada ke patut, kacau dodol tue dari malam sampai ke pagi, bile dah masak dodol tue rase cam gule melaka. Bukan setakat rase jerk. Keras pon cam gule melaka yg kering tue. haha! Ni sume sebab masing2x dah handal nak masak dodol tanpa panduan dari orang2x tua. BBQ yg kite org wat nie simple jerk. Wat kat taman mainan kat tempat aku. BBQ pon pakai tmpt bakar BBQ yg kecil jerk. Lgpon berapa orang yg join BBQ, ade dlm 12, 13 org jerk. Kite org BBQ ayam ngan daging. Event yg simple tapi meriah. Mana tak meriahnye, start BBQ tgh2x malam sampai nak dekat subuh bru abis. Wat lawak malam2 buta. Ketawe tak ingat dunia. Walaupon semasa event ni takde sorang pon "Pemanis"(awek) yg terlibat, tapi kite org tetap enjoy. Bestlah kiteorg. Tahun depan mesti wat lg..!!!




























p/s: korang perhatikan ade beberape gambar yg ade sorang member aku ni pakai cap Nike warne putih. gambar dia mesti ade sembunyi blakang org. Bagi nampak topi putih dia jerk. Aku pon tak taw ape motif dia. Mungkin nak menyamar jadi hantu kot. Seram plak..!!!

22 October, 2007

Hitam & Putih

Org yg hati Putih akan selesa kat dalam dunianye yg Putih, sebaliknya org yg hati Hitam akan selesa kat dalam dunianye yg Hitam. Hati Hitam susah nak buat perkara-perkara Putih dan hanya berminta buat perkara-perkara Hitam. Jika diajak untuk berubah, bagaikan mencurah air di daun keladi. Hati Hitam amat happy dalam dunianye. Tapi klu hati Hitam diubah ke hati Putih secara pelan2, step by step, insyAllah... hati Hitam inilah yg akan beruntung.

10 October, 2007

Maaf Zahir & Batin


Bayu terakhir Ramadhan melambai salam perpisahan,
Fajar Syawal mengiringi takbir mulia,
Mendayu sahutan takbir,
Dari hujung rimba dan sahutan unggas nan berbalam,
Dari gemercik kali dan suara halus seroja di dadan,
Memohon keikhlasan,
Mengampunkan segala yang terjamah dan menjadi santapan,
Di hari yang sekudus ini tersusun sepuluh jari,
Kemaafan di bulan yang mulia amat dihargai...

Suasana Hari Raya - Anuar Zain & Elina (favourite raya song!)

Anuar Zain:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Elina:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

Anuar Zain:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang

Elina:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

Anuar Zain:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman

Elina:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

Allahuakhbar..!!! Buke,Buke,Buke Puase!


Hari tue aku jumpe ex-classmate aku kat bazar ramadhan. Asraf Khalid atau lebih dikenali dengan name Ayam mase time sekolah menengah dulu, tidak kira di dalam sekolah mahupun di luar sekolah. Aku pun dah lupe sebab ape dier dapat name Ayam tue. Sebab bapak dia kot? Tapi tak silap aku bapak dia kerja potong rumput. Entahlah. Nak dijadikan cerita, si Ayam nilah bagitau aku dier nak organize buka puase ngan sume ex-classmate. Kita org mmg tiap2 tahun mesti ade buat buka puase kat luar ramai2. Aku mesti join punye. Dah 2 tahun aku tak join. Lagipon aku nak jumpe ex-bandmate aku. Sick Machine, itu lah dia name band kita org dlu. Lineup nye, Aku(vocalist), Apul(Guitarist), Agy(Bassist) & Sub(Drummer). Muzik yg kita org layan dulu kebanyakkan punk rock, indie rock, ska, arr macam2 arr.. Influence banyak kepada blink182, Oasis, Silverchair, Cake, a lil bit of Green Day, etc. Kadang2 lagi indon macam lagu Melly Goeslow, Rossa, yg lembut2 tue abis kita org layan. Lepas habis SPM aku terus kuar dari band nie. Aku sorang jerk bawak hala tuju hidup aku. Dorang yg lain still on 1 band. Lagipon dorang mmg nak wat 3 pieces band. Jangan pikir kita org gaduh plak.
Kita org berbuka kat MyFriend TomYam Restauran, Kempas. Ramai gak yg datang. Tapi bdak pompuan yg datang adalah dalam 6,7 org jerk. Ade yg dah kahwin, tunang, kerja. Maybe sebab tulah tak dapat datang kot. Walau bagaimanapun, buka puase tue mmg best. Apul wat lawak sial dia. Pecah perut tak ingat dunia kita org ketawe.
Best giler tak dapat bayangkan. Riuh macam pasar Larkin.
Lepas buka puase kita org kumpul kat Dataran Bandaraya. Lepak kat clock tower kat tangga bawah tue. Lepak dok bebual sambil amik angin. Bercerita time sekolah menengah dulu. Sambung lagi ketawe pecah perut. Lepak,lepak,lepak.. tengok jam dah pukul 10pm. Aku terpakse blek dulu sebab pukul 11pm nanti bdak2 taman aku nak wat BBQ. Aku dah kuar duit, mesti pegi punyer. Kita org tukar2 no masing2, pastu aku chow blik tamn aku. Tapi kenangan pendek aku ngan ex-classmate aku tu mmg takleh dilupekan. Best gile.

09 October, 2007

Salam Aidilfitri

Lagi 3 hari nak raye, barang raye satu hape pon tak beli lagi..! tahun ni ingat nak beli kasut sepasang wat jalan2, lagi sepasang kasut kulit wat gi keje, t-shirt care2, kemeja ke,jeans ke... Haram..!! satu ape tak beli lagi..! Tapi baju melayu dah beli.. tu yang penting. Tahun nie baju melayu sepasang jerk. Cukup arr tue. Baju warna biru cair. Family aku pon sume kaler yang same. Ibu aku nye idea arr tue. Cuti raye aku start khamis nie.. Rasenye khamis nie bru dapat gi beli barang. Kalau gi hari jumaat takleh, jumaat tue malam raye. Time tue aku nak on da way balik kampung. Cakap pasal kapung plak, aku sampai skrang tak taw balik kampung maner dulu. Muar ke Kuala Pilah? Kuala Pilah ke Muar? Ke Muar sahaja? Ke Kuala Pilah sahaja? Entahlah, aku pon lupe nak tanye Ibu ku. Lagipon aku jenis tak kesah balik mane pon. yg penting happy dapat jumpe sedara sume, bukan pasal duit raye eh..! Dah tua bangka dah mane leh dapat duit raye lagi?!tapi kalo ade org kasik tu aku amek jerk. rezeki jgn ditolak wei..! sape yang tak sayang isteri..! hahahha! Lupe plak nak cite pasal puase. Puase aku tahun ni ade buang. Ade, mesti buang nyer..! 4 hari aku buang. tue pon sebab aku demam sampai 5 hari. Doktor pakse makan ubat. So aku makan lah. Tapi aku tak nasi. Aku makan ubat jerk. Selera makan takde. Pastu lagi sehari tue aku tak puase sebab kene mind control ngan bdak ofis aku iaitu Mr.Abul.!!! Dia beria-ia ajak aku tak puase. Aku pon ikutlah. Tapi ktorg tak puase just minum air Sprite botol besar. Kembung perut! Dahlah tak makan nasi sehari. Pastu ponteng puase minum air gas. Giler!! hahah!

The Birth of Q

The Birth of Q.
Kelahiran blog ni pada 9 Oktober 2007. Lebih kurang pukul 5.10 ptg. Bulan ramadhan, hari yg ke 27 kite berpuasa. Objektif blog belum ditentukan lagi. Aku pon tak taw ape objektif aku nak wat blog nie. Maybe untuk berkongsi cerita, mem'promote'kan artworks design aku, atau berkongsi pengalaman hidup aku ngan korang sume. Lagipon aku tengok ade member aku, Betty @
Kedinkyst wat blog, aku tengok cam best jerk. So, aku pon wat blog ni tanpa panduan atau pertolongan sesiapa.
Alhamdulillah...
Blog ini selamat dilahirkan walaupon aku tak taw sangat nak set up, haha! So kepada korang sume yg dah handal gune blog nie, ajar arr budak yang baru belajar nie. Aku set up blog ni pon main pakai hentam jerk.