26 October, 2007
Graphic Design + 20minutes = RM10,000
Seorang pereka grafik, Nor Azian A. Hasan tidak menyangka logo ciptaannya yang disiapkan dalam tempoh 20 minit berjaya memenangi tempat pertama Pertandingan Mencipta Logo Perayaan Hari Kemerdekaan Ke-50. Kemenangan itu membolehkan Nor Azian, 36, yang berasal dari Negeri Sembilan, membawa pulang wang tunai RM10,000. Walaupun tidak semahal harga sebuah rumah yang pernah dimenangi dalam satu pertandingan lain, ia tetap menggembirakan saya kerana dapat memberikan sumbangan sempena ulang tahun kemerdekaan negara. Menurut Nor Azian yang berkelulusan bidang grafik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), logo tersebut menampilkan reka bentuk berombak seperti kibaran bendera.Ia bertujuan mewujudkan suasana hidup dan pergerakan memandang negara ini sudah mencapai usia 50 tahun, jelasnya. Nor Azian sudah 10 tahun berkecimpung dalam bidang pengiklanan, rekaan korporat, penerbitan dan multimedia serta mempunyai syarikat grafik sendiri di Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Labels:
info
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment