09 December, 2008

SMP - Rindu Korang..!

To all my SMP4B classmate, KKJS
Rindu Korang..!





Video ni aku edit selepas aku abis study kat KKJS dengan menggunakan Windows Movie Maker. Aku malas nak guna Adobe Premier, Ulead Video Studio. Berat sangat. Lagi pon aku edit video ni just for fun jek.

Aku campurkan slideshow gambar dengan video bdak2 class aku. Background lagu oleh One Buck Short - Kerana Tiada Pilihan Lain. Kebanyakkan video yang diselitkan ke dalam video ni ialah video2 assignment, video2 Final Project, video gi mandi kat Wet World Pedas, video Semester 4 Dinner Night Ceremony & video lawatan ke Media Prima. Gambar2 yang ade dalam video ni sume adalah koleksi2 gambar kawan-kawan yang aku simpan dalam laptop aku.

Simple, but creative. Enjoy..!

Rindu Korang...!


The Advanced Studies

Berani Kerana "Benar"


Bukan main lagi mamat sorang ni posing depan kamera. HAHA! Berani kerana benar, beb!


Kedai Ubat TAK UNTUNG

Minuman BERDOSA

Kopi Cap TAHLIL

07 December, 2008

My Desktop


Ni desktop latest aku. Ber'wallpaper'kan design aku sendiri yang bertajuk : BANGUN, Hapuskan Korupsi. Design itam putih ni adalah untuk t-shirt ArtCore Design. Masih lagi dalam proses perbincangan lagi. Belum boleh dijual lagi. Tapi klu ade yang gatal nak order gak, aku terpakse letak harga tinggi skit. Hehe!

Desktop aku malas nak letak icon macam2. Rasa menyemak. Aku guna Rocketdock sebagai ganti. Klu korang perhatikan kat situ semua shortcut icon aku yang penting ade kat situ. My Computer, Do'Q'Ment, Adobe Photoshop + Illustrator, MP3(icon ipod), Movie(icon autobots), Fifa09, UleadStudio, Converter, DVDRipper, FireFox & Recycle Bin.
p/s:icon Adobe & Autobots aku design sendiri.

Klu korang perhatikan kat desktop bahagian bawah kiri ade icon bentuk flame. Tu shortcut icon game aku paling latest, Avatar - The Path Of Zuko. AKU IALAH BIG FAN AVATAR, THE LAST AIRBENDER. Hehe! Aku bru download kat blog sape ntah dah lupa. File dia kecil jek tapi game bleh tahan best.

Kat belah kanan desktop aku ade vista gadget. Gadget yang membantu aku untuk melihat kadar kelajuan & kesibukkan harddrive & RAM aku. Aku guna Vista Ultimate versi cetak rompak. Save budget, standard la.. Korang pon ade yang pakai windows cap ayam gak kan..



06 December, 2008

Quarantine








26 November aritu aku gi kuar jumpe member aku kat City Square. Ada meeting keje skit. Yang sakit hati aku ni, member aku plak tak dapat dtg, ade emengercy call plak. So aku sorang2 merayau kat City Square tu. Kebetulan plak aritu hari Rabu. Tiket wayang kat Cathay Cinema City Square murah, RM6/person. So aku gi survey movie ape best. Ingatkan nak tengok Antoo Fighter. Rupanye Antoo Fighter esok baru ditayangkan, 27 November. Ces..! Aku survey la citer lain. Yang ade Madagascar 2, Selamat Pagi Cinta, Quantum Of Solace. Aku terpandang trailer Quarantine kat skrin tv situ. Cambest jek. Malas nak fikir lagi aku terus beli tiket movie Quarantine. Yang segannye aku g tengok wayang sorang2. Awek kat kaunter movie dah senyum jek tengok aku beli tiket satu jek. Nak buat camner. Patutnye aku kene jumpe member aku kat situ tapi dia plak tak datang. Layan wayang jelah. Klu citer best aku layan, klu citer bosan aku tido jek kat dalam wayang tu.

Tapi citer ni memang best. Citer pasal 2 orang ni, sorang lelaki & sorang pompuan gi balai bomba nak buat dokumentari pasal pegawai bomba. Jadi dorang ikut jelah ke mane pegawai bomba tu pegi. So malam tu ade satu kes plak kat satu apartment ni. Dorang pon ikut lah bomba tu. 2 orang pegawai polis pon bru sampai kat situ. Ade sorang pompuan tua tiba-tiba meracau. bomba tu nak meredakan keadaan. Tiba2 pompuan tua tu serang salah sorang bomba tu. Dia gigit kat leher bomba tu cam vampire. Mencicit orang lari.

Bomba tu nak bawa partner dia kuar dari apartment tu nak dapatkan bantuan medic. Tiba2 ada ramai askar kat luar bangunan dah seal baik bangunan tu supaya sorang pon kat apartment tak dapat kuar. Reporter, bomba, polis, ngan penduduk apartment kat dalam tu heran kenapa plak dorang sume kena kuarantin. Kebetulan plak ade sorang doktor haiwan yang duduk kat salah sebuah rumah di apartment tu. Dia check2, rupa-rupanye pompuan tua tu ada virus Anjing Gila. Sape2 yang kene serang ngan pompuan tu akan berjangkit melalui darah atau air liur.

Keadan semakin kelam kabut, panik & suspen. Masing2 cuba nak menyelamatkan diri sendiri. Ade yang nak jadi hero tapi terus jadi mangsa. Apakah kesudahannya..? Gi tengok sendiri lah..!

Citer ni taklah seram sangat. Tapi banyak sangat adengan2 terkejut. Kebetulan plak kat dalam wayang tu aku duduk sebelah awek. Awek tu terkejut sampai terpegang tangan aku. Aku wat bodoh jelah. Takkan aku nak peluk dia plak. Budak bawah umur lagi tu. Taknak aku. kang kene plak 10 sebatan. Huhu!

Kepada sesapa yang minat citer yang suspen, panik, seram. Aku syorkan citer nie. Memang best.


Jamm Session...!


Dari kiri-Aku, Kiki, Aris & Naf


Fuh, dah lama tak jamming. Baru-baru ni aku gi jamm ngan bdak band aku, Kiki(guitarist/bassist), Naf(drummer). Aku tukang melalak kat mic(vocalist). Pastu ada sorang member tempat keje Kiki, Aris. Aris menggantikan guitarist band aku, Ehsan yang tak dapat dtg malam tu sebab tertido kene demam salji.hehe! Tapi malam tu aris main bass. Kiki terpaksa main guitar, pluckin' tak ape2 ntah. Aris main bass memang handal. Nak jek aku tarik main ngan band aku. Tapi dengar citer dia dah ade band sendiri.

Kita org jamm kat Vintage Sound Studio, BBU. First time datang studio ni.Studio memang best. Selesa, equitment sume baru. Man Kidal penah datang main kat sini tapi tak tau kenapa malam tu jammin' sound bunyi tak best. Ntahler..

Opening song, Situasi from Bunkface. Walaupon Kiki pluckin' main hentam jek tapi menjadi gak lah lagu tu. Drummin' dari Naf pon ade terlebih rolling.hehe! Aku pon sama gak. Suara tak sampai siot..!

Second choice is our very own song, Jenab! hehe! memang best siot. Lagu sendiri, takde problem nak bawa. Aris dapat belajar sekejap lagu ni. Caya la! Lu memang handal, bro!

Third choice, Tentang Dirimu, lagu sendiri gak. Main tapi tak menjadi. Tak tau ape sebabnye.

Next, kita org bawa lagu D-Va, Aku Dia & Kamu. Not bad la.. tapi agak membosankan jugak lagu tu. Tapi yang membuat happening nye time lagu tgh goreng guitar solo, kita org trus masuk lagu Jenab. Keadan semakin tak tentu arah. Kiki sudah terlompat-lompat. Aku dah bergelut ngan mic stand. Naf rolling bagai nak rak. Aris tersengih sambil layan kepala kita org.

Pastu main lagi lagu Situasi, Jenab, Situasi, Jenab... bergilir-gilir.

Brader yg jaga studio bagi isyarat, Last Song!

Last song kita org bawa lagu Situasi serancak yg mampu. Lepas chorus yang terakhir terus masuk lagu Jenab. Masing-masing dah layan kepala. Memang best siot.

Abis jamm kita org lepak gi minum. Bincang lagu ape nak main lagi klu nnt jamm lagi. Aris request ngan aku lagu Stay dari Estrella. Aris ngan Kiki nnt cari kod gitar. Aku kena cari lirik. Naf kene dengar mp3 tu untuk hafal drum step dia. Naf cakap lain kali main kat studio lain plak. Vintage studio cam tak beberapa best dia nyer sound. Dia ajak main kat Blitz studio, Skudai Kiri. Studio Blitz ni memang sound, equitment dia sume best. Tapi yang aku tak minat brader yang jaga studio tue. Kerek semacam. Mentang-mentanglah banyak band dah penah main kat studio dia.(Decma & TCHB, PlagueOfHappiness, Couple, etc). Tengok la nnt. Ape2 hal nanti aku update lagi kat blog nie.